Saturday, 18 May 2013

Perbezaan Takaful dengan Konvesional.



Perbezaan Takaful dengan Konvesional


Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda perbezaan di antara  Takaful Dan Insuran konvesional.
AWAS!! Ada sesetengah orang atau agen menganggap ianya sama.
Ingin saya tegaskan di sini sebenarnya  Takaful bukan sahaja tidak sama malah terlalu banyak sangat perbezaannya. Berikut adalah gambaran perbezaan yang dapat saya kongsikan dengan anda..
Pengertian
Takaful adalah satu perkataan yang berasal daripada perkataan Arab ‘Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling jamin-menjamin.’
Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan bantu-membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.
Ciri-ciri Takaful
  • Sistem Islam
  • Sumbangan Tabarru’
  • Pelaburan halal
  • Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada unsur riba
  • Tiada unsur Maisir (judi)
  • Tiada unsur Gharar (Tidak jelas)
  • Al-Mudharabah (Perkongsian Untung)
Secara ringkasnya ingin saya simpulkan, Takaful adalah yang terbaik. Bebas dari unsur-unsur Gharar, Maisyir, dan Riba.
Bagi mereka yang mungkin telah memiliki Insuran Konvensional saya rasa anda perlu berfikir panjang. Dan bukan itu sahaja orang yang memberikan anda insuran konvensional ini juga memperolehi nasib yang sama. Kalau rasa amal dah cukup banyak boleh teruskanlah..
Ini kerana
“Dosa riba itu ada 76 pintu, dan pintu yang paling ringan (dosa) umpama berzina dengan ibu sendiri”
“Allah memerangi orang yang terlibat di dalam Riba”
“Dan 1 bahagian Riba dosanya seperti melakukan 36 kali zina.”
Nauzubillah.. Semoga kita di jauhkan daripada perkara sebegini.

No comments:

Post a Comment