Saturday, 18 May 2013

Surah Al-Baqarah (terjemahan)

SURAH AL-BAQARAH, Ayat 240 Terjemahan : "Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) - makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI : "Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"
HADITH RIWAYAT IBNU MAJAH : “Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia”

Perbezaan Takaful dengan Konvesional.

Perbezaan Takaful dengan Konvesional

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda perbezaan di antara  Takaful Dan Insuran konvesional.
AWAS!! Ada sesetengah orang atau agen menganggap ianya sama.
Ingin saya tegaskan di sini sebenarnya  Takaful bukan sahaja tidak sama malah terlalu banyak sangat perbezaannya. Berikut adalah gambaran perbezaan yang dapat saya kongsikan dengan anda..
Pengertian
Takaful adalah satu perkataan yang berasal daripada perkataan Arab ‘Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling jamin-menjamin.’
Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan bantu-membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.
Ciri-ciri Takaful
  • Sistem Islam
  • Sumbangan Tabarru’
  • Pelaburan halal
  • Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada unsur riba
  • Tiada unsur Maisir (judi)
  • Tiada unsur Gharar (Tidak jelas)
  • Al-Mudharabah (Perkongsian Untung)
Secara ringkasnya ingin saya simpulkan, Takaful adalah yang terbaik. Bebas dari unsur-unsur Gharar, Maisyir, dan Riba.
Bagi mereka yang mungkin telah memiliki Insuran Konvensional saya rasa anda perlu berfikir panjang. Dan bukan itu sahaja orang yang memberikan anda insuran konvensional ini juga memperolehi nasib yang sama. Kalau rasa amal dah cukup banyak boleh teruskanlah..
Ini kerana
“Dosa riba itu ada 76 pintu, dan pintu yang paling ringan (dosa) umpama berzina dengan ibu sendiri”
“Allah memerangi orang yang terlibat di dalam Riba”
“Dan 1 bahagian Riba dosanya seperti melakukan 36 kali zina.”
Nauzubillah.. Semoga kita di jauhkan daripada perkara sebegini.

Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram?

By: Abdul Muhaimin Mahmood
Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT.  [1] Rasulullah SAW bersabda;
وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2]  رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن
Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).
Merujuk kepada persoalan hukum insurans konvensional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional.
Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram. Berikut dilampirkan keputusan-keputusan muzakarah berhubung insurans konvensional:
Hukum insurans nyawa.
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
  1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
  2. Mengandungi unsur judi.
  3. Mengandungi muamalah riba.[3]
Hukum insurans am
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.[4]
Hukum mempromosikan produk insurans konvensional.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah.
Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba.
Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.[5]
Selain dari status hukum isurans nyawa, insurans am dan hukum mempromosikan produk tersebut, muzakarah turut membincangkan tentang status pampasan polisi insurans konvensional selepas kematian pembeli polisi, pada muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011..
Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
  3. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
  4. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (c) di atas.
Berdasarkan keputusan-keputusan yang disebutkan di atas, jelas menerangkan tentang status hukum bagi insurans konvensional. Justeru, umat Islam sewajarnya meninggalkan produk-produk konvensional yang telah diharamkan oleh Allah SWT.
Sebagai alternatif kepada produk-produk konvensional tersebut, umat Islam hendaklah mengambil produk-produk takaful yang patuh syariah yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan secara Islam.
Dewasa ini tiada lagi alasan darurat yang mendesak umat Islam untuk tidak mengambil dan menggunakan produk-produk perlindungan berasaskan takaful yang patuh syariah. Bahkan menjadi kewajipan pada mereka untuk mendokong produk-produk berasaskan takaful, sebagai menggantikan produk-produk konvensional yang diharamkan dalam Islam.
Sekarang ini pengguna boleh memilih syarikat-syarikat pengendali takaful patuh syariah, yang telah diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini terdapat 12 syarikat pengendali takaful yang patuh syariah di Malaysia sebagimana dipaparkan dalam web BNM[6].
Syarikat-syarikat tersebut ialah:
  1. AIA AFG Takaful Bhd
  2. AmFamily Takaful Berhad
  3. CIMB Aviva Takaful Berhad
  4. Etiqa Takaful Berhad
  5. Great Eastern Takaful Sdn Bhd
  6. Hong Leong MSIG Takaful Berhad
  7. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
  8. ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad
  9. Prudential BSN Takaful Berhad
  10. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  11. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
  12. MAA Takaful Berhad.
KESIMPULAN
Islam mewajibkan umat Islam mencari sesuatu halal dalam segenap perkara. Sehubungan itu, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk meninggalkan produk-produk perlindungan insurans konvensional kerana ia adalah produk yang tidak diharuskan dalam Islam.
Justeru, umat Islam di negara sewajarnya memastikan mereka hanya menggunakan produk-produk perlindungan takaful yang berteraskan Islam yang patuh syariah.

[1] Ibnu Kathir, Ismail bin Kathir, Mukhtasar tafsir Ibnu Kathir, Tahqiq, Hani al-Haj, Maktabah al-Taufiqiyyah, t.th, jld. 1, hlm. 203. al-Ghazali, Halal dan haram dalam Islam, Jasmin Interprise, 1998, hlm. 1.
[2] Al-Thabarani, Mucjam al-ausat, no. hadis, 8610, jld. 8, hlm. 270. Lihat, al-Haithami, Nur al-Din cAli bin Abi Bakr, Majmac  al-zawaid wa manbac al-fawaid, Bab talab al-halal wa al-bahs anhu, Dar al-Fikr, Bayrut, 1412H., no. hadis. 18099, Jld. 10, hlm. 520.

Adakah Suami Anda Benar-benar Sayang Kepada Anda dan Anak-anak??

Assalamualaikum semua..
Pastinya jika tajuk ini ditanya kepada para suami jawapannya sudah tentu sayang 100%. Tapi adakah kenyataan itu benar? hanya mereka yang ketahui sendiri.
rahsia kasih sayang suamiSetiap isteri mempunyai hak untuk hidup bahagia dan hak isteri perlu dilaksanakan si suami namun, sekiranya si suami sengaja gagal melaksanakannya bermakna dia tidak ikhlas menyintai diri si isteri.
Bila berbicara tentang hak isteri disini secara total scopnya terlalu besar. Cuma apa yang saya ingin kongsikan di sini hak isteri jika ketiadaan kita nanti.
Dalam Al Quran ada menegaskan..
SURAH AL-BAQARAH, Ayat 240 Terjemahan :  “Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
Malah di dalam hadith juga ada berpesan.
HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI :  ”Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
Bagus sekiranya sang suami dah meninggalkan bekalan setahun untuk si isteri n anak-anak seperti yang telah di sarankan dalam Al Quran malangnya lebih ramai yang gagal untuk menyediakan bekalan tersebut..
Oleh itu si suami yang benar-benar sayangkan keluarga anda pastikan sekurang-kurangnya anda mengambil takaful untuk diri anda. Ini kerana sedikit sebanyak dapat meringinkan beban keluarga anda jika terjadinya sesuatu musibah.
Dengan itu boleh saya simpulkan, jika si suami dengan sengaja tidak menyediakan atau bersedia terhadap dana untuk anak-anak dan isteri-isterinya sekurang-kurangnya untuk setahun, beliau belum benar-benar sayang kepada keluarganya.
Jadi si isteri pastikan suami anda mempunyai sekurang-kurangnya 1 plan takaful untuk dirinya.
sms/email/call hantar nama, lokasi, alamat email, tarikh lahir dan hp no @ Tel untuk Quatation dan penerangan PERCUMA ke; Tel : 012-411 6458 Email : mohamad_izani@yahoo.com

Pelan Takaful Keluarga.

Pelan Takaful Keluarga (Kasih Sayang + Pendidikan)

- Suami sebagai pencarum kepada isteri dan anak (atau lebih dari seorang anak).
- Isteri sebagai pencarum kepada suami.

Senario

1) Seandainya suami / isteri menghidap salah satu daripada 46 jenis penyakit kritikal.
- Premium isteri / suami percuma selama 25 tahun.
- Premium anak (atau lebih dari seorang anak) percuma sehingga umur 25 tahun.
- Isteri / Suami akan mendapat rider sum covered untuk penyakit kritikal.

2) Seandainya suami / isteri hilang upaya kekal (TPD).
- Premium isteri / suami percuma selama 25 tahun.
- Premium anak (atau lebih dari seorang anak) percuma sehingga umur 25 tahun.
- Isteri / Suami akan mendapat basic sum covered + saving.

3) Seandainya suami / isteri meninggal disebabkan penyakit kritikal atau kemalangan.
- Premium isteri / suami percuma selama 25 tahun.
- Premium anak (atau lebih dari seorang anak) percuma sehingga umur 25 tahun.
- Isteri / Suami akan mendapat basic sum covered + saving + rider sum covered (penyakit kritikal / kemalangan).

Daripada kita mengambil takaful untuk keluarga secara berasingan sebagai contoh suami ambil X takaful, isteri ambil Y takaful dan anak ambil Z takaful dimana manfaat hanya untuk pencarum dan orang yang dilindungi, apa kata kita mengambil pendekatan MAA Takaful dimana kami akan linkkan kesemua ahli keluarga supaya jika berlaku musibah kepada salah seorang pencarum sama ada suami atau isteri, setiap ahli keluarga yang dilindungi boleh menikmati manfaat seterusnya meringankan bebanan keluarga.

Email/Sms/Call hantar nama penuh anda, lokasi, tarikh lahir, alamat email, dan hp no@Tel
utk quatation dan penerangan PERCUMA..
Tel : 012-411 6458
Email : mohamad_izani@yahoo.com

Photo: Produck paling cemerlang di malaysia..
Insyaallah